Utama > PENGENALAN

08-May-2019

Dar al-Hikmah (MTI Dar Al-Hikmah) (MTI DH) adalah gabungan dua perkataan iaitu Dar dan al-Hikmah yang merujuk kepada Gedung Kebijaksanaan atau Pusat Ilmu dan Pengetahuan di mana keberkatan hidup di dunia dan akhirat serta harta yang kekal ialah ilmu pengetahuan.

Proses mencari ilmu pengetahuan tidak akan berakhir selagi hayat masih ada. Perkataan Hikmah itu sendiri sebenarnya merujuk kepada pengertian yang amat dalam dan luas meliputi seluruh proses mencari ilmu dan pendekatan dakwah yang digunakan oleh para Nabi dan Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala:


Terjemahan: ”..Ajaklah mereka itu ke arah Tuhanmu dengan penuh hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat yang baik” (Surah al-Nahl, 16:125)

MTI DH ditubuhkan pada tahun 2000 dalam usaha untuk mewujudkan model pendidikan dalam suasana keislaman dan keilmuan yang mampu menjana pemikiran, daya intelektual, kesedaran dan penghayatan serta keterampilan individu menurut acuan al-Quran dan al-Sunnah agar wujud generasi yang mempunyai kecintaan kepada ilmu, menghayati al-Sunnah dan merapatkan ukhuwwah menerusi pendekatan yang penuh hikmah di samping tidak mengabaikan subjek-subjek akademik yang menjadi tuntutan dunia masa kini.

Model pendidikan MTI DH berpandukan al-Quran dan al-Sunnah dengan pendekatan tazkiyahtilawah dan ta’alim.